fbpx
Diberi peluang untuk masuk ke slot Malaysia Hari ini sesi 11 Februari 2020 dan Majalah 3 sesi 2 Mac 2020 menjadi peluang kepada kami sebagai salah satu cara kami mempromosikan lagi Abang Strawberry dan 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry supaya lebih dikenali. Dengan mengetengahkan maklumat tentang strawberry, Kami dapat berkongsi ilmu tentang cara penjagaan strawberry dan juga masalah yang kami hadapi di tempat kami ini. Selain ilmu percuma yang kami kongsikan kepada penonton Majalah 3 berkenaan strawberry, kami juga berpeluang untuk menunjukkan kepada pada peminat setia Nasi Lemak Sambal Strawberry bagaimana proses penyediaan menu pilihan pelancong yang datang ke Cameron Highlands ini. Selain itu, kami berbesar hati untuk memaparkan siapa orang kuat di sebalik kewujudan Abang Strawberry dan juga 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry. Terima kasih kepada pengunjung setia Abang Strawberry. Tanpa kehadiran anda semua, Abang Strawberry tidak akan berada di tahap ini. Kami di pihak Abang Strawberry berusaha sehabis baik untuk memberikan yang terbaik mengikut kepuasan pengunjung pengunjung kami.