fbpx

SEKALI LAGI, Abang S membawa produk keluaran Abang S Jauh ke Dubai.
Kalau kita sebut tentang Dubai, pastikan kita akan membayangkan bangunan pencakar langit disana.
Setinggi bangunan disana, sama tinggi jugalah angan angan Abang S ingin memperkenalkan produk di negara mewah itu.

Pameran yang berlangsung selama 5 hari bermula daripada 16 Februari 2020 sehingga 20 Februari 2020, memberi pelbagai gambaran baru yang pastinya menjadi kenangan dan juga ilmu baru kepada kami.
Manakan tidak, bukan hanya mereka yang berasa daripada Dubai itu sendiri yang menghadiri pameran ini, malahan hampir keseluruh dunia. Manakan tidak, pameran GULLFOOD ini diiktiraf sebagai antara pameran terbesar didunia.
Abang S sangat berbesar hati, kerana kami yang kerdil ini berupada untuk duduk sebaris bersama syarikat syarikat terbaik diseluruh dunia.

Misi yang paling utama pastinya adalah untuk menjual produk kami ke luar negara disambil mencari pembeli yang berskala besar (misi kami untuk mengeksport). Keduanya, adanya pameran ini membantu kami mencari produk-produk yang popular di pasaran Dubai sebagai ilmu baru untuk kami bawa pulang ke Malaysia. Akhir sekali, pameran ini dapat menilai keupayaan kamiterutama dalam pengeluaran dan pasukan.

Doakan Abang Strawberry juga berjaya seperti usahawan di Dubai. Pastinya Abang Strawberry akan menjulang nama Malaysia di mata dunia. Insyaallah, Amin.

Untuk berita lain berkenaan GULLFOOD Dubai 2020, boleh klik di sini