Jauh perjalanan luas pemandangan, kali ini seronok Abang S merungkai kisah perjalanan kami membawa produk berjenama Abang Strawberry® merentasi Benua Eropah ke, Sarajevo Bosnia.

Bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”, ini adalah salah satu inisiatif syarikat untuk membawa produk Abang Strawberry® ke mata dunia dengan mengetengahkan produk halal di Sarajevo Halal Fair (SHF)

Untuk pengetahuan semua, Sarajevo Halal Fair (SHF) berlangsung dari 26-28 September 2019 di Sarajevo Bosnia. Ia adalah sebuah pameran industri halal antarabangsa yang menyatukan wakil dari semua bahagian rantaian bekalan industri halal, termasuk syarikat swasta, perbadanan tersenarai awam, badan akreditasi, kerajaan dan wakil pasaran halal.

Di atas permintaan produk halal yang diluar jangkaan dari serata dunia, Produk Abang Strawberry® tidak melepaskan peluang untuk menjadi salah satu produk halal yang dikenali di mata dunia.

Mari kita doakan kejayaan Produk Abang Strawberry® ya.