Satu lagi pengiktirafan yang sangat bermakna buat Team Abang Strawberryยฎ, apabila dinobatkan sebagai The BrandLaureate World Halal BestBrand Award 2019. Sepanjang 5 Tahun berdiri sebagai syarikat yang memberi perkhidmatan agrotourism – F&B, Peruncitan produk berasaskan buah strawberri dan tanaman (ladang Strawberri) – kepada para pelanggan, anugerah ini adalah pembakar semangat dan batu loncatan untuk membawa Jenama Abang Strawberryยฎ lebih dikenali di Malaysia seiring dengan produk tempatan yang menjadi pilihan utama warga negara.

Acara yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur, pada 26 September 2019, menghimpun pemenang anugerah dari pelbagai katogeri untuk sama-sama menyaksikan acara yang berprestij itu.Tuan Muhammad Solehuddin bin Haji Shamsuddin, Chairman YBS Agro Premiere Sdn. Bhd – Abang Strawberry menjadi wakil unggul mengambil trofi World Halal Best Brands Awards 2019.

Diharapkan pengiktirafan yang diberikan dapat menjadikan produk jenama Abang Starwberryยฎ lebih unggul dan dikenali pula di serata dunia. Kepada para pelanggan kami, terima kasih di atas sokongan yang diberikan dan kami akan berikan yang terbaik buat anda.