Unik, asli dan lazat! Tiga perkataan cukup menggambarkan keenakan nasi lemak sambal strawberi ayam crunchy dan kepingan kambing lamb chop jem strawberi yang penulis nikmati di The 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry, Cameron Highlands, Pahang.

Kafe yang dibangunkan dalam sebuah ladang strawberi, keunikan dua menu itu apabila bahan asasnya seperti sambal nasi lemak diperbuat daripada campuran strawberi, manakala sos atau jem digunakan, juga diadun daripada campuran buah berkenaan.

Kelebihan kafe berkenaan yang membezakannya berbanding kebanyakan premis makanan lain apabila semua menu dihidangkan mesti berasaskan strawberi atau campurannya, termasuk sambal nasi lemak yang dinikmati bersama ikan masin talang.

Sajian unik sesuai untuk semua.

Menu ini dikatakan yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Sambal strawberi ikan masin adalah resipi istimewa sambal tumis tanah tinggi. Gabungan pedas, masin dan masam manis strawberi menghasilkan keunikan rasa luar biasa sambal strawberi. Menjadi pencetus selera dan enak dinikmati bersama nasi dan bubur panas.

Untuk artikal lebih lanjut bolehΒ klik sini